Wednesday, June 12, 2019

Posted by Ardi Kurniawan
No comments | June 12, 2019
Penyakit istisqa adalah sejenis penyakit fizikal yang disebabkan oleh sejenis benda asing bertekstur ingin yang meresap ke dalam rongga-rongga organ tubuh sehingga menyebabkan pembengkakan. Penyakit istisqa memiliki beberapa bentuk bahagian
a. Yang meyerang tubuh yang berdaging
b. Paling berbahaya yang meyerang rongga tubuh dan penyakit
c. Busung lapar - disebabkan oleh kekurangan gizi makanan, sementara penderita istisqa, perutnya buncit disebabkan benda asing bertekstur dingin masuk ke dalam tubuh.

Anas bin Malik ra berkata: Anas berkata, "Ada beberapa orang Ukal dan Urainah (yang berjumlah lapan orang) yang datang (kepada Nabi Muhammad saw dan mereka membicarakan agama Islam), lalu mereka mengeluh mereka dijangkiti penyakit istisqa. Nabi Muhammad saw lalu menyuruh beberapa orang sahabatnya untuk menghantarkan kepada mereka yang datang itu beberapa ekor unta yang banyak air susunya (dalam satu riwayat: lalu beliau memberi kemurahan kepada mereka untuk mengambil unta zakat) agar dapat mereka minum air kencing serta air susunya. Setelah itu, mereka berangkat (maka mereka minum air kencing dan air susu unta itu), tetapi sesudah mereka merasa sehat tiba tiba mereka kafir kembali setelah memeluk Islam, dan membunuh penggembala yang di utus oleh Nabi Muhammad saw dan menghalau unta-unta itu. Beritanya sampai kepada Nabi Muhammad saw. Keesokan harinya, lalu Nabi mengirim beberapa orang untuk mengejar mereka. Ketika hari sudah petang, mereka tertangkap dan dihadapkan kepada Nabi saw. Beliau lalu menyuruh agar tangan dan kaki mereka dipotong, dan mata mereka ditusuk dengan besi panas (dalam satu riwayat: dan dicukil mata mereka), (dalam satu riwayat: beliau kemudian menyuruh membakar besi, kemudian dicelakkan pada mata mereka), [kemudian tidak memotong mereka]. Mereka lalu dilemparkan ke tempat yang panas. Ketika mereka minta minum, tak seorang pun memberinya. [Aku melihat seseorang dari mereka mengisap tanah dengan lidahnya (dalam satu riwayat: menggigit batu), [hingga mereka mati dalam keadaan seperti itu]." (Sahih: Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim, alTirmizi, al-Nasa’i, Ibn Majah dan lain-lain dengan lafaz yang sedikit berbeza-beza tetapi dengan pengajaran yang sama, iaitu disuruh minum susu dan air kencing unta sebagai ubat. Di atas adalah lafaz al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5686) 

Penyakit istisqa pada umumnya terjadi disertai penyakit lever. Kebanyakan disebabkan oleh adanya penyumbatan pada beberapa organ tubuh kita. Jika tidak dirawat secara cepat, penyakit istisqa ini sangat berbahaya dan membawa maut. Ubat untuk penyakit ini ini sebenarnya berada di Timur Tengah. Ubatnya, iaitu hanya minum air susu dan kencing unta. Tetapi, bagi negeri yang sangat jauh dari Negeri Ka'bah itu, mencari air susu unta memang sangat susah, maka boleh digantikan dengan susu lembu atau kambing dengan syarat rendah proteinnya.

Didalam air susu unta terdapat banyak zat yang sangat berguna bagi penderita istisqa, iaitu yang dapat memperlancar metabolisme sesuai keperluan, menghadam sisa makanan dalam tubuh dan membuka penyumbatan. Sebab, kebanyakan makanan yang dimakan unta adalah rumput, qaishum, akar-akaran, babons, idzkir dan sejenisnya.

Menurut Imam Ar-Razi, "air susu unta Arab boleh membantu menyembuhkan penyakit lever atau kerosakan metabolisme." Sedangkan kata Al-Israilliah, "susu unta Arab adalah susu yang paling rendah protein dan lebih banyak kandungan airnya, lebih sedikit unsur makanannya, sehingga lebih berfungsi membongkar sumbatan dan membersihkan perut serta menolak benda asing. Untuk mengubati penyakit istisqa, sebaiknya susu itu masih dalam keadaan hangat (baru diperah). 

Hadith minum kencing unta riwayat Anas merupakan hadith sahih (al-Bukhari 2855, Muslim 1671) yang mengisahkan terdapat beberapa orang yang datang ke Madinah dan mereka sakit, lalu Nabi menyuruh mereka minum susu dan kencing unta, dan akhirnya mereka pun sihat. Kencing yang ada khasiat ialah kecing dari unta Badui yang dipanggil Najeeb. (Kitab Zaad alMa'aad, 4/47-48). Ulama berbeza pendapat berkenaan dengan hukum kesucian air kencing unta. Bagi Mazhab Syafie, air kencing binatang yang halal di makan tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan. Syeikh 'Izzuddin bin Abdussalam: “Harus berubat dengan najis apabila tidak ada ubat yang suci yang boleh menggantikannya, kerana maslahat kesihatan dan kesejahteraan itu lebih sempurna berbanding dengan maslahat menjauhi najis. Dan tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih benar.”  Walaubagaimana pun, Jumhur (kebanyakan) fuqaha’ pula mengatakan bahawa air kencing binatang yang halal di makan adalah suci, termasuk unta. 

Adapun persoalan tentang najisnya kencing unta, para ahli fiqh mengatakan bahawa berdasarkan hadis di atas, dibolehkan minum air kencing daripada binatang yang halal dimakan dagingnya. Ia tidak lagi dipandang sebagai najis. Dalam bab ini ada beberapa pendapat dan semuanya telah dikupas oleh al-Syaukani dalam Nail al-Authar Wallahu alam bissawab. Rujukan kitab Thibbun Nabawi (Ibnu Qayyim al-Jauziah), terjemahan oleh Muallij Mustaqim.


0 comments:

Post a Comment

Blogroll

About